Wednesday, April 8, 2015

Tiket ke Melbourne


Pic credit goes to Dr Jamal Rahman, my mentor and colleague

Selepas pulang dari Istanbul, Turki pada April 2014 kami sekeluarga berazam utk travel sekurang-kurangnya sekali setahun. Semenjak dari itu saya jadi mcm skyscanner, lebih alert bila ada promosi jualan murah oleh MAS atau AirAsia, 2 syarikat penerbangan utama Malaysia. Pada bulan September 2014 tak silap saya, pucuk dicita ulam mendatang, MAS buat promotion utk tiket flight ke seluruh destinasi yg ditawarkan. Normal rate utk KLIA-Tullamarine Melbourne adalah dlm RM 2000-2200, tapi pada masa promotion harga return flight hanyalah RM 1396!!. Ape lagi, saya pun book la tiket utk kami sekeluarga.



Return flight expenses: KUL-MEL, MEL-KUL Adult: RM 1396, Child: RM 1074


Pada mulanya saya merancang utk kesana seramai 5 org je, sbb bagi saya 5 org is the ideal number of a group travel (saya, isteri, anak seorang, parents), tapi ibu saya bermurah hati nak sponsor tiket utk adik beradik lain jugak, termasuk la ground expenses. Ini bukan setakat dpt ulam, dapat betis dgn peha terus ni,. Tapi bersyarat lah...KAMI PERLU URUSKAN SEMUA GROUND ARRANGEMENTS SENDIRI, Tempah tiket tu senang je, cabaran utk ground arrangements, tu yg perlu usaha lebih sikit.

Seorang adik saya tempah tiket AirAsia X, return flights jugak pada tarikh dgn waktu yg lebih kurang, total budget utk 2 adult 1 toddler dalam RM 2000+, lebih murah daripada MAS. Bagus juga, boleh kami compare service antara 2 airlines ni.

Kenapa flight expenses ni penting? Sebab ini la yg akan menjadi sebahagian besar daripada perbelanjaan utk travel. Pendapat saya, pilihan airlines utk kemana2 pun mesti mengambil kira faktor:

  • Kos tiket flight: 

    • terlalu mahal sudah tentu tak boleh, 
    • murah tapi tak selesa pun kalau boleh cuba elakkan
    • carilah yg pertengahan

  • Direct Flight VS Stop Over: 

    • Kalau ada stop over, cuba cari yg paling minimum masanya, sbb org macam saya mmg suntuk masa utk bercuti, Saya lebih prefer direct flight.
    • Tapi tiket yg ada stop over ni biasanya lebih murah. 
    • Ada sesetengah org juga suka stopover sbb boleh buat short trip utk melawat negara tersebut. Terpulanglah kepada plan masing2.

  • Quality of the airlines: 

    • Biasanya saya akan lihat dulu website skytrax rating airliner www.airlinequality.com , mana yg rasa OK, good rating, yg mana tak ok etc. 
    • Boleh juga periksa taraf airport stopover, tgk review para travellers. Good airport certainly will make our journey easier
Untuk lebih memudahkan kerja, kitaboleh gunakan website yg compare airfares dari serata dunia, beberapa blogger mencadangkan utk menggunakan Skyscanner www.skyscanner.com.my. Cukup mudah utk membandingkan harga tiket yg ditawarkan oleh syarikat2 penerbangan. Secara jujurnya saya sendiri belum pernah menggunakannya tapi nampak cukup mudah dan berguna.



Rancanglah perjalanan anda, saya jamin perjalanan anda akan jadi lebih bermakna, insyaAllah ingat sampai bila2, bukan sekadar hulur duit kpd travel agent dan tunggu semua benda disediakan

No comments:

Post a Comment